“Semua hidupan di muka bumi ini memerlukan air. Termasuklah juga manusia di mana air diperlukan untuk kestabilan sistem tubuh badan.”
Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air kita mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Tubuh manusia adalah 70% air, di mana ia merangkumi otak 75%, otot 75%, darah 75%, tulang 22%, hati 69% dan buah pinggang 825. Kehilangan 2% air di sekeliling anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga.
Air sangat penting kerana ia dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan sel-sel badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak dapat disingkirkan dan kebanyakan organ kita dan proses dalam badan tidak akan berfungsi.
Kekurangan air juga merupakan punca kepada semua jenis penyakit daripada:
- jerawat, penyakit kulit, sakit kepala, insomnia,
- keletihan dan kurang kecergasan mental dan masalah penghadaman ke sengal sendi,
- kegemukan kepada masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, penyakit ginjal, batu karang, artritis, tekanan darah tinggi, gangguan sistem saraf dan juga kanser.
Akan tetapi, kita telah mencemari setiap bekalan air semulajadi di dunia dengan pencemaran, sisa toksik dan beribu-ribu bahan kimia. Terdapat lebih daripada 120,000 jenis bahan kimia yang digunakan hari ini, dengan 1,000 lagi jenis baru ditambah setiap tahun.
Jika di bandar, sumber air dicemar oleh industri pekilangan dan pelbagai macam jenis pembangunan. Tidak kurang hebatnya juga di luar bandar di mana sumber air kita sekarang sudah berada dalam keadaan gawat di mana bukan sahaja kuantiti sumber air kita yang mula menunjukkan penurunan tetapi kualiti air kita juga menunjukkan penurunan.
Kesimpulannya, air memainkan peranan penting sebagai penyuling dan pencuci yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kerana ia membantu membuang sisa beracun dan bahan kimia dalam badan.
Justeru, kita harus minum air yang bersih, sihat dan asli supaya proses penyingkiran bahan toksik dalam badan dapat berfungsi dengan tahap optimum atau ianya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan